Wednesday, 14 November 2012

Contoh karangan.


                                                             Murid Yang Baik.

            Setiap orang ingin menjadi murid yang baik dan bertanggungjawab.Untuk menjadi murid yang baik,berbagai  usaha boleh kita lakukan.
                       
           Kita patut menanamkan semangat untuk menyayangi sekolah.Untuk menjadi murid yang baik,kita mesti mematuhi peraturan sekolah.

        Kita perlu taat akan perintah guru.Selain itu,kita mesti memberikan tumpuan terhadap pelajaran.Jangan membuang masa dengan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah.Kita perlu menasihati kawan-kawan yang suka melanggar peraturan disiplin.Dengan menunjukkan sifat yang baik,kita akan menjadi contoh kepada mereka.

              Tutur kata perlu kita jaga.Sebelum bercakap dengan orang lain,kita mestilah berfikir terlebih dahulu.Pastikanlah apa yang kita katakan itu tidak menyakiti hati orang lain.Jika kita mengamalkan sikap berbudi bahasa,kita akan dipandang mulia.Semua orang akan menghormati kita.

             Sifat adil dan tegas perlu kita tanamkan dalam diri.Jika kita tidak adil,kita akan dibenci oleh orang lain.Jauhilah sifat pilih kasih.Tegurlah sesiapa sahaja walaupun rakan rapat kita sendiri.Kita perlu berani jika apa-apa yang kita lakukan itu benar.


* mohon komen karangan ini.

  

       

No comments:

Post a Comment