Tuesday, 6 November 2012

Rancangan Harian




Tahun                    : 4 Al Farabi
Tajuk                     : Hari Kantin
Tema                     : Minggu Kokurikulum
FU                         : 1.6        : Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan
               harian  untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

                                               Aras 2 ( i )Menggunakan kata dan istilah yang betul semasa berurusan.
FS                                  : 5.1              :Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
                                                             memahami perkara yang dibaca.

                                           Aras 1 ( i )Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat
                                           tunggal dan ayat  majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Objektif                  : Pada akhir pelajaran di harap murid dapat:

                                 1. menggunakan sekurang-kurangnya 3 istilah matematik dalam ayat secara lisan.
                                 2. membaca dialog yang dikemukakan dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang
                                     betul.

Sistem Bahasa       : Morfologi- Penjodoh bilangan, kata adjektif, kata berimbuhan
                                  Sintaksis   - Ayat tunggal, ayat majmuk, ayat penyata, ayat permintaan

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Kajian Tempatan, Matematik
                                     Nilai – bertolak ansur, kerajinan,

KBT                         : KP -Matematik, kinestetik, verbal linguistic

      KB-menghubung kait, menyenaraikan, mengelas

      BCB- membaca dialog,

 BBM                       : Gambar wang, petikan dialog, lembaran kerja.                           

Langkah/
masa
Isi pelajaran
Aktiviti pembelajaran dan pengajaran
Catatan

Set induksi
(5 minit)

Mempamerkan gambar wang.

Bersoal jawab
1. Apa yang cikgu pegang?
2.Pernahkan kamu
    menggunakannya?
3.Cuba nyatakan nilai-nilai lain 
    yang kamu tahu?
4. Apakah nama mata wang yang 
    kita gunakan di Malaysia.
5. sebutkan nama mata wang lain
    yang kamu tahu ?

1.Murid  ditunjukkan sekeping wang
     RM10.
2. Murid bersoal jawab untuk
     mengaitkan dengan tajuk
     pelajaran.

KBT
Logik matematik
Verbal linguistic

KBKK
Menyenaraikan
Menghubungkait
Mengelas

BBM
Wang RM10







Langkah/
masa
Isi pelajaran
Aktiviti pembelajaran dan pengajaran
Catatan

Langkah 1

10 minit

Memperkenalkan wang.

Contoh:
Ø  RM1
Ø  RM5
Ø  RM10
Ø  RM50
Ø  RM100


1. Murid dipamerkan contoh wang
    kertas di hadadapan kelas.

2. Murid diminta menyebut
    nilai wang yang dipamerkan.

3. Murid diedarkan wang contoh 
    mengikut kumpulan dan diminta  
    mengamati contoh wang tersebut
   dari segi warna, saiz , gambar dan
   nilai.









 










KBT
Logik matematik
Verbal linguistic

KBKK
Menyenaraikan
Menghubungkait
Mengelas

BBM
Gambar wang

Contoh-contoh wang



Langkah 2

20 minit

Dialog
(Suasana di Hari Kantin sekolah)
Ø  rujuk lampiran


1. Murid diedarkan  petikan dialog
   mengenai suasana di Hari Kantin  
   sekolah.

2. Murid diminta membaca secara
    mentalis.

3. Murid membaca dialog mengikut
    kumpulan.

4. Tiga orang murid dipanggil ke
    hadapan untuk membaca dialog
   dengan sebutan dan intonasi yang
   betul.

5. Murid berbincang bersama guru
    mengenai isi tersurat yang
    terdapat dalam dialog.


KBT
Logik matematik
Verbal linguistic

KBKK
Menghubungkait

BBM
Petikan dialog


Langkah 3

15 minit

Lakonan spontan suasana di kantin sekolah


1. Murid diberi arahan untuk
    melakonkan situasi jual beli di
    kantin sekolah.

2.Beberapa orang murid secara
    sukarela tampil ke hadapan untuk
    melakonkan situasi tersebut.

3. Murid dan guru berbincang
   tentang kepentingan kegunaan
   wang untuk urusan jual beli.


KBT
Logik matematik
Verbal linguistic

KBKK
Menghubungkait


Langkah/
masa
Isi pelajaran
Aktiviti pembelajaran dan pengajaran
Catatan

Langkah 4

7 minit

Latihan bertulis.
  • menukar ayat matematik dalam bentuk perkataan.




1. Murid dikehendaki menukar ayat
    matematik dalam bentuk
    perkataan.

2. Murid dan guru berbincang   
    mengenai jawapan yang betul.

KBT
Logik matematik
Verbal linguistic

KBKK
Menghubungkait

BBM
Petikan dialog


Penutup

3 minit

Nyanyian lagu Seringgit Sidua Kupang.

1. Murid menyanyikan lagu Seringgit
    sidua kupang bersama-sama.

2. Murid diberi rumusan pelajaran
   dan penerapan nilai murni oleh
   guru.


KBT
Logik matematik
Verbal linguistic

KBKK
Menghubungkait

BBM
Petikan dialog



Monday, 5 November 2012

Pemahaman




TAHUN           :           4 Al Farabi
TARIKH          :           24 September 2012
MASA             :           7.20 - 8.20pagi
TEMA             :           YANG BAIK JADIKAN TELADAN
TAJUK            :           PAK SENIK INSAF
OBJEKTIF      :           Pada akhir pembelajaran,murid dapat
i)    membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan  sebutan, intonasi 
     yang betul dan gaya penyampaian yang menarik.   
                                            ii)  membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan kata
                                                 adjektif    
SISTEM BAHASA :
Tatabahasa       :          Kata adjektif
                                    Kosa kata (bakhil, bermuafakat,gelagat,insaf)
Kemahiran Bernilai Tambah:
-                                         Kecerdasan Pelbagai : Verbal Linguistik
-                                         Kemahiran Berfikir dan  Kemahiran Belajar,
Bahan bantu mengajar :
-                                         Kad perkataan ,petikan cerita
Penekanan Konsep 5P
Penggabungjalinan       : Mendengar dan bertutur, Membaca dan menulis
Penyerapan                  : Ilmu dan tatabahasa
Penilaian                      : Penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya (melalui pemerhatian)
Pengayaan                    : Membina ayat daripada kata adjektif yang telah disenaraikan.
Pemulihan                    : Latih tubi bacaan
Pengisian Kurikulum ;
        i. Ilmu                   : Kesusasteraan
       ii.Nilai murni         : Keinsafan
      iii. Kewarganegaraan :Bertindak dengan wajar
       iv. Peraturan Sosiobudaya: Hidup bermasyarakat
        v. Kemahiran Bernilai Tambah




RANCANGAN HARIAN


ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN

Set induksi
(4 minit)

.Murid memilih kad perkataan yang dsediakan oleh guru.
Contoh : kambing.
.Guru menyuruh murid berkenaan membunyikan bunyi haiwan tersebut.
.Murid membunyikan bunyi kambing dan murid lain meneka haiwan tersebut.
.Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran.

Langkah 1
(5 minit)

. Guru mengedarkan petikan cerita.
.Murid-murid membaca secara senyap.
.Murid bersoaljawab  mengenai  petikan cerita

Rujuk lampiran 1

Langkah 2
(7 minit)

. Guru memilih beberapa orang murid. Murid membaca petikan dengan sebutan dan  intonasi yang sesuai.


Langkah 3
(7 minit)

.Guru menerangkan tentang kata adjektif dan memberikan contoh-contoh kata adjektif.
Beberapa orang murid menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan cerita di papan hitam.
.Murid membina ayat mudah menggunakan kata adjektif
tersebut


Langkah 4
(4 minit)

.Murid membina ayat menggunakan kata adjektif yang terdapat dalam petikan.

Penutup
(3 minit)

.Nyanyian  “Bunyi Binatang”.
 Rumusan dan penerapan nilai.
.Kerja susulan(menjawab soalan pemahaman dalam buku teks)

Rujuk lampiran 2


LAMPIRAN 1
PAK SENIK INSAF
        Pada zaman dahulu, ada seorang kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya luas. Haiwan ternakan juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun kaya namun dia sangat kedekut. Dia  sanggup makan nasi berlaukkan  ikan kering sahaja. Dia juga tidak pernah  bersedekah kepada orang-orang miskin.
        Pak Senik mempunyai seorang anak  perempuan bernama Gayah. Suami  Gayah  Dolah, Tidak suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil itu. Dolah dan Gayah  telah menjemput Pak Senik Ke rumah mereka.
        Pada hari  tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.
        “ Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan menyelerakan,” kata Pak Senik sambil makan.Dia makan dengan berselera sekali kerana dia tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik.
        “ Dari mana kamu dapat daging kambing ni?” Tanya Pak senik.
        “ Saya sembelih seekor kambing ayah,”jawab Dolah ,selamba. Pak Senik sangat marah.
        “Kamu mesti bayar ganti ruginya,” jerit Pak Senik  dengan kuat.
        “ Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti  membayarnya ?” balas Dolah.Pak Senik terdiam.
        “ Ayah sudah tua. Harta ayah banyak.Kalau ayah murah hati dan suka bersedekah tentu  orang kampung menghormati ayah.Tuhan juga menggandakan rezeki ayah,” jelas Dolah dengan lembut.
        Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa bersedekah lagi. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.



LAMPIRAN 2
                                                           BUNYI BINATANG

Saya ayam kok,kok,kok,kok
Saya itik pak,pak,pak,pak,pak,
Saya burung tweet,tweet,tweet,tweet,tweet,
Kami bunyi
Kok,kok,kok,kok,kok
Pak,pak,pak,pak,pak,
Tweet,tweet,tweet,tweet,tweet.