Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Badrul anak tunggal. Dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapanya. Dia hidup dalam kemewahan kerana ibu bapanya orang kaya-raya.
Namun, Badrul tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana dia suka menganggu orang lain. Badrul banyak menghabiskan masa di pusat permainan video dan di pusat membeli-belah. Ibu bapanya tidak mengetahui perangai buruk Badrul kerana mereka amat mempercayai Badrul.
Pada suatu hari, Badrul ditangkap oleh guru disiplin kerana dia didapati merokok di dalam tandas. Kemudiannya, ibu bapa Badrul dipanggil oleh Guru Besar. Beliau membongkar segala perilaku buruk Badrul di sekolah. Ibu bapa Badrul berasa menyesal kerana terlalu memanjakan dan mempercayai kata-kata anak tunggal mereka itu. Badrul pula berjanji kepada ibu bapanya bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan buruknya lagi.
Friday 30 November 2012
Pemahaman
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kini, ibu bapa dapat menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan untuk memansuhkan yuran peperiksaan bagi sekolah kerajaan. Pemansuhan yuran peperiksaan tersebut melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ), Penilaian Menengah Rendah ( PMR ), Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau setarafnya, dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ).
Pemansuhan yuran peperiksaan telah dicadangkan oleh beberapa orang ahli parlimen di Dewan Rakyat. Setelah mengkaji usul tersebut dengan teliti, maka kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan yuran peperiksaan. Pemansuhan yuran peperiksaan itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Beliau menjelaskan bahawa pemansuhan ini dibuat dengan mengambil kira kesusahan rakyat ekoran kenaikan harga minyak. Kenaikan harga petrol bukan sahaja menyebabkan pendapatan boleh guna rakyat semakin berkurang malah harga barangan dan inflasi turut meningkat.
Ibu bapa menganggap bahawa pemansuhan yuran ini adalah suatu langkah yang bijak. Yuran peperiksaan yang dikenakan sebelum ini menjadi beban kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah. Pemansuhan ini menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap tanggungan ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah untuk membiayai kos persekolahan anak-anak mereka.
Pemansuhan yuran peperiksaan tersebut memberikan faedah kepada rakyat. Harapan kerajaan agar anak-anak yang berada di bangku sekolah mendapat pendidikan yang sempurna. Hal ini demikian kerana golongan ini akan menjadi modal insan yang amat penting kepada negara
1. Pemansuhan yuran peperiksaan telah dicadangkan oleh....
A. ahli parlimen
B. guru-guru
C. ibu bapa
D. Perdana Menteri
2. Pemansuhan yuran peperiksaan ini dapat...
A. merealisasikan impian pihak kerajaan
B. memenuhi keinginan Perdana Menteri
C. mengurangkan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah
D. menurunkan harga minyak petrol
3. Yang berikut merupakan kesan kenaikan harga minyak petrol, kecuali
A. gaji rakyat terpaksa dipotong
B. harga barangan meningkat
C. inflasi meningkat
D. pendapatan boleh guna semakin berkurang
4. Pilih pernyataan yang tidak benar
A. Cadangan untuk memansuhkan yuran peperiksaan dibuat di Dewan Rakyat
B. Pemansuhan yuran peperiksaan dapat mengurangkan beban ibu bapa
C. Yuran peperiksaan dimansuhkan di semua sekolah di Malaysia
D. Yuran peperiksaan dimansuhkan di semua sekolah di semua sekolah
kerajaan.
5. Rangkai kata mengambil kira bermaksud...
A. mencadangkan
B. mendapatkan
C. mengetahui
D. memikirkan
Kini, ibu bapa dapat menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan untuk memansuhkan yuran peperiksaan bagi sekolah kerajaan. Pemansuhan yuran peperiksaan tersebut melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ), Penilaian Menengah Rendah ( PMR ), Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau setarafnya, dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ).
Pemansuhan yuran peperiksaan telah dicadangkan oleh beberapa orang ahli parlimen di Dewan Rakyat. Setelah mengkaji usul tersebut dengan teliti, maka kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan yuran peperiksaan. Pemansuhan yuran peperiksaan itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Beliau menjelaskan bahawa pemansuhan ini dibuat dengan mengambil kira kesusahan rakyat ekoran kenaikan harga minyak. Kenaikan harga petrol bukan sahaja menyebabkan pendapatan boleh guna rakyat semakin berkurang malah harga barangan dan inflasi turut meningkat.
Ibu bapa menganggap bahawa pemansuhan yuran ini adalah suatu langkah yang bijak. Yuran peperiksaan yang dikenakan sebelum ini menjadi beban kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah. Pemansuhan ini menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap tanggungan ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah untuk membiayai kos persekolahan anak-anak mereka.
Pemansuhan yuran peperiksaan tersebut memberikan faedah kepada rakyat. Harapan kerajaan agar anak-anak yang berada di bangku sekolah mendapat pendidikan yang sempurna. Hal ini demikian kerana golongan ini akan menjadi modal insan yang amat penting kepada negara
1. Pemansuhan yuran peperiksaan telah dicadangkan oleh....
A. ahli parlimen
B. guru-guru
C. ibu bapa
D. Perdana Menteri
2. Pemansuhan yuran peperiksaan ini dapat...
A. merealisasikan impian pihak kerajaan
B. memenuhi keinginan Perdana Menteri
C. mengurangkan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah
D. menurunkan harga minyak petrol
3. Yang berikut merupakan kesan kenaikan harga minyak petrol, kecuali
A. gaji rakyat terpaksa dipotong
B. harga barangan meningkat
C. inflasi meningkat
D. pendapatan boleh guna semakin berkurang
4. Pilih pernyataan yang tidak benar
A. Cadangan untuk memansuhkan yuran peperiksaan dibuat di Dewan Rakyat
B. Pemansuhan yuran peperiksaan dapat mengurangkan beban ibu bapa
C. Yuran peperiksaan dimansuhkan di semua sekolah di Malaysia
D. Yuran peperiksaan dimansuhkan di semua sekolah di semua sekolah
kerajaan.
5. Rangkai kata mengambil kira bermaksud...
A. mencadangkan
B. mendapatkan
C. mengetahui
D. memikirkan
Wednesday 14 November 2012
Contoh karangan.
Murid Yang Baik.
Setiap orang ingin menjadi murid yang baik dan bertanggungjawab.Untuk menjadi murid yang baik,berbagai usaha boleh kita lakukan.
Kita patut menanamkan semangat untuk menyayangi sekolah.Untuk menjadi murid yang baik,kita mesti mematuhi peraturan sekolah.
Kita perlu taat akan perintah guru.Selain itu,kita mesti memberikan tumpuan terhadap pelajaran.Jangan membuang masa dengan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah.Kita perlu menasihati kawan-kawan yang suka melanggar peraturan disiplin.Dengan menunjukkan sifat yang baik,kita akan menjadi contoh kepada mereka.
Tutur kata perlu kita jaga.Sebelum bercakap dengan orang lain,kita mestilah berfikir terlebih dahulu.Pastikanlah apa yang kita katakan itu tidak menyakiti hati orang lain.Jika kita mengamalkan sikap berbudi bahasa,kita akan dipandang mulia.Semua orang akan menghormati kita.
Sifat adil dan tegas perlu kita tanamkan dalam diri.Jika kita tidak adil,kita akan dibenci oleh orang lain.Jauhilah sifat pilih kasih.Tegurlah sesiapa sahaja walaupun rakan rapat kita sendiri.Kita perlu berani jika apa-apa yang kita lakukan itu benar.
* mohon komen karangan ini.
Lembaran Petikan.
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sudah dua minggu ibu berada di kampung nenek dan datuk.Ibu baharu sahaja melahirkan adik bongsuku.Selama itu juga,aku tinggal di rumah bersama ayah dan adik lelakiku,Angah.Kami terpaksa tinggal di rumah kerana perlu ke sekolah.
Sepanjang ketiadaan ibu,akulah yang mengurus segala-galanya.Selaku anak sulung,sudah menjadi tanggungjawabku untuk mengambil alih tempat ibu.
Pagi-pagi lagi,aku akan menyediakan sarapan untuk kami bertiga.Selalunya aku membuat roti sardin dan jemput-jemput bawang.Sekembali dari sekolah,aku akan menanak nasi untuk makan tengahari.Aku memanaskan lauk yang disediakan oleh ayah sebelum beliau ke tempat kerja.Sekali-sekala aku menggoreng telur dadar.Pada sebelah petang,aku akan menyapu sampah di halaman rumah.
Pada sebelah malamnya pula,aku menolong ayah mengemas meja makan.Angah pula mencuci pinggan mangkuk.Selepas itu,baharulah aku menyiapkan kerja-kerja sekolah.Aku akan mengulangkaji pelajaran sehingga pukul 10.00 malam.Sebelum masuk tidur,aku akan menggosok uniform kerja ayah.Aku berbuat begitu kerana kasihan melihat ayah kepenatan setiap kali pulang dari kerja.
Begitulah rutin harianku.Aku bersyukur kerana ibu melatih aku melakukan kerja rumah sebelum ibu bersalin.Kini,aku mampu berdikari malah aku sudah biasa melakukan kerja-kerja ibu.Bak kata pepatah,alah bisa tegal biasa.
1. Siapakah 'aku' dalam petikan ?
2. Di manakah ibu 'aku' berada ?
3. Mengapakah ibu 'aku' tiada di rumah ?
4. Apakah tugasan rutin 'aku' semasa ibunya tiada ?
5. Bilakah 'aku' masuk tidur ?
Berikan maksud peribahasa berikut.
1. Adik bongsu - .................................................................................
2. Anak sulung - .................................................................................
3. Alah bisa tegal biasa - ................................................................................................................
Binakan ayat daripada perkataan berikut :
1. Sarapan - ....................................................................................................................................
2. Menanak - ..................................................................................................................................
3. Halaman - ...................................................................................................................................
4. Mengemas - ................................................................................................................................
5. Mengulangkaji - .........................................................................................................................
6. Uniform - ...................................................................................................................................
7. Rutin - ........................................................................................................................................
Memahami Petikan.
Memahami Petikan
Tahun :
4 Al Farabi
Tema :
Keluargaku Sayang
Tajuk :
Memahami Petikan
Masa :
8.20 – 8.50pagi
Fokus Utama : 5.1 A1(ii)Membaca
kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang dibaca.
Fokus Sampingan : 8.1 A1(i)Membina dan
menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk.
Objektif :
Pada akhir pengajaran murid dapat ;
1)membaca petikan dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
2)menjawab soalan pemahaman yang diberikan
dengan betul.
Sistem Bahasa : Tatabahasa – Ayat Penyata
Kosa Kata
Peribahasa
Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Moral
Nilai Murni – Kasih sayang,bekerjasama
Kewarganegaraan –Bekerjasama,hormat-menghormati
Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran
Berfikir –Menjana idea
Pembelajaran
Kontekstual –mengaitkan pengalaman sedia ada.
Bahan Bantu Mengajar : Petikan.
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI P&P
|
CATATAN
|
Set Induksi
( 3 minit )
|
Guru bersoal jawab dengan murid mengenai
pengalaman murid ditinggal keluarga.
|
Sebab :
i.ibubapa bekerja
ii.melawat datuk dan nenek
iii.ibubapa tunai haji
|
Langkah 1
( 8 minit )
|
Guru mengedarkan petikan teks.
-Murid diminta membaca senyap.
- Beberapa orang murid diminta membaca teks
dengan kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
|
Petikan teks.
|
Langkah 2
( 7 minit )
|
Murid diminta memberi penerangan tentang teks
yang dibaca.
-murid diminta mencari makna perkataan yang
bergaris dalam petikan dengan menggunakan kamus.
-murid diminta membina ayat daripada
perkataan yang diberikan oleh guru.
|
Kosa kata :
-menanak
-mengemas
-mengulangkaji
-berdikari
-uniform
|
Langkah 3
(10 minit )
|
Murid diminta menjawab soalan pemahaman yang
disediakan.
|
|
Penutup
( 2 minit )
|
Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.
|
|
Tuesday 6 November 2012
RPH Kemahiran Lisan ( Perbualan )
Tahun : 4 Al Farabi
Tema : Keluargaku berwawasan
Tajuk : Pendidikan untuk masa depan
Fu
|
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya
dan pihak lain dalam
situasi formal dan tidak formal.
|
Fs
|
1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa
menjalankan transaksi
dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan
atau
perkhidmatan.
|
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:
1. menyatakan secara lisan transaksi menyimpan wang secara
bertatasusila.
2. membina 3 ayat tanya
dengan menggunakan kata Tanya yang
sesuai.
Langkah
|
Isi kandungan
|
Aktiviti
|
Catatan
|
|||
Set
Induksi
(5
minit)
|
1.
Memaparkan logo Bank
Maybank.
2.
Bersoal jawab
mengenai logo
tersebut.
·
Pernahkan kamu melihat logo
ini?
·
Perkhidmatan apakah yang
disediakan di sini?
·
Namakan bank-bank lain yang
kamu tahu?
|
1.
Murid dipaparkan slaid
logo Bank Maybank.
2.
Murid bersoal jawab
mengenai logo yang
dipaparkan.
3.
Murid memberikan
contoh-contoh bank
yang mereka ketahui
|
Pendekatan
Induktif
Kaedah
terus
Teknik
bersoal jawab
ABM
Paparan
logo bank
|
Langkah
|
Isi kandungan
|
Aktiviti
|
Catatan
|
|||
Langkah
1
(10
minit)
|
1.
Menyenaraikan
perkhidmatan yang
disediakan di bank.
Contoh
jawapan:
·
menyimpan wang
·
mengeluarkan wang
·
pembayaran bil
|
1.
Murid ditunjukkan
sebuah buku bank di
hadapan kelas.
2.
Murid diminta
menyenaraikan jenis
perkhidmatan yang
disediakan
di bank.
|
Pendekatan
Induktif
Kaedah
terus
Teknik
perbualan
ABM
Gambar
buku bank
|
|||
Langkah
2
(20
minit)
|
1.
Membaca petikan
dialog yang disediakan.
·
|
1.
Murid membaca
petikan dialog yang
diedarkan guru secara
mentalis.
2.
Murid yang dipilih
membaca petikan
dialog secara mekanis.
3.
Beberapa orang murid
melakonkan watak
dalam dialog dengan
bimbingan guru.
|
Pendekatan
Induktif
Kaedah
terus
Teknik
perbualan
ABM/BBM
Petikan
dialog
|
|||
Langkah
3
(10
minit)
|
1.
Cara mengisi borang
penyimpanan wang.
|
1.
Murid diedarkan
borang penyimpanan
wang.
2.
Murid melengkapkan
borang penyimpanan
wang dengan bantuan
guru.
|
Pendekatan
Induktif
Kaedah
terus
Teknik
bersoal jawab
|
Langkah
|
Isi kandungan
|
Aktiviti
|
Catatan
|
Langkah
4
(12
minit)
|
1.
Latihan bertulis.
(membina ayat dengan
menggunakan kata
tanya yang sesuai)
Contoh:
|
1.
Murid diminta
membina
3 ayat
dengan menggunakan
kata tanya yang diberi.
|
Pendekatan
Induktif
Kaedah
terus
|
Penutup
(3
minit)
|
Rumusan
isi pelajaran
|
1.
Murid diminta
menyatakan semula
apa yang telah
dipelajari pada hari ini.
|
Pendekatan
komunikatif
|
Subscribe to:
Posts (Atom)