Tuesday 6 November 2012

RPH Kemahiran Lisan ( Perbualan )





Tahun            : 4 Al Farabi
Tema             : Keluargaku berwawasan
Tajuk              : Pendidikan untuk masa depan


Fu

1.0       Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam
             situasi  formal dan tidak formal.


Fs

1.6       Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi
           dalam  urusan harian untuk mendapatkan barangan atau  
            perkhidmatan.


Objektif         : Pada akhir pengajaran murid dapat:
1.  menyatakan secara lisan  transaksi menyimpan wang secara  
                            bertatasusila.
2. membina 3 ayat tanya dengan menggunakan kata Tanya yang  
    sesuai.

Langkah
Isi kandungan
Aktiviti
Catatan

Set Induksi
(5 minit)

1. Memaparkan logo Bank
    Maybank.

2. Bersoal  jawab
    mengenai logo
    tersebut.
·         Pernahkan kamu melihat logo ini?
·         Perkhidmatan apakah yang disediakan di sini?
·         Namakan bank-bank lain yang kamu tahu?


 






1. Murid dipaparkan slaid
    logo Bank Maybank.

2. Murid bersoal jawab
    mengenai logo yang
    dipaparkan.

3. Murid memberikan
    contoh-contoh bank
    yang mereka ketahui

Pendekatan
Induktif

Kaedah
terus

Teknik bersoal jawab

ABM
Paparan logo bank

Langkah
Isi kandungan
Aktiviti
Catatan

Langkah 1
(10 minit)

1. Menyenaraikan
    perkhidmatan yang
    disediakan  di bank.

Contoh jawapan:
·         menyimpan wang
·         mengeluarkan wang
·         pembayaran bil


 











1. Murid ditunjukkan
    sebuah buku bank di  
    hadapan kelas.

2. Murid diminta
    menyenaraikan jenis
    perkhidmatan yang
    disediakan di bank.


Pendekatan
Induktif

Kaedah
terus

Teknik perbualan

ABM
Gambar buku bank

Langkah 2
(20 minit)

1. Membaca petikan
   dialog yang disediakan.

·        


1. Murid membaca
    petikan dialog yang
    diedarkan guru secara
    mentalis.

2. Murid yang dipilih
    membaca petikan
    dialog secara mekanis.

3. Beberapa orang murid
    melakonkan watak
    dalam dialog dengan
    bimbingan guru.



Pendekatan
Induktif

Kaedah
terus

Teknik perbualan

ABM/BBM
Petikan dialog

Langkah 3
(10 minit)

1. Cara mengisi borang
    penyimpanan wang.


1. Murid diedarkan
    borang penyimpanan
    wang.

2. Murid melengkapkan
    borang penyimpanan
    wang dengan bantuan
    guru.


Pendekatan
Induktif

Kaedah
terus

Teknik bersoal jawab



Langkah
Isi kandungan
Aktiviti
Catatan

Langkah 4
(12 minit)


1. Latihan bertulis.
    (membina ayat dengan
     menggunakan kata
     tanya yang sesuai)

Contoh:
  • Di manakah kita boleh menyimpan wang?
  • Bilakah waktunya bank beroperasi?
  • Apakah perkhidmatan yang disediakan di bank?



1. Murid diminta
    membina  3 ayat
    dengan menggunakan
    kata tanya yang diberi.



Pendekatan
Induktif

Kaedah
terus




Penutup
(3 minit)

Rumusan isi pelajaran


1. Murid diminta
    menyatakan semula
    apa yang telah
    dipelajari pada hari ini.



Pendekatan
komunikatif




3 comments:

  1. Tahniah diatas kejayaan menghasilkan blog ini.RPH tak perlu dimasukkan dalam blog, banyakkan latihan-latihan untuk pelajar.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.Saya akan cuba perbaiki.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Buat Cikgu Azizi.....!

    ReplyDelete