Friday 30 November 2012

Pemahaman

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

         Kini, ibu bapa dapat menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan untuk memansuhkan yuran peperiksaan bagi sekolah kerajaan. Pemansuhan yuran peperiksaan tersebut melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ), Penilaian Menengah Rendah ( PMR ), Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau setarafnya, dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ).
         Pemansuhan yuran peperiksaan telah dicadangkan oleh beberapa orang ahli parlimen di Dewan Rakyat. Setelah mengkaji usul tersebut dengan teliti, maka kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan yuran peperiksaan. Pemansuhan yuran peperiksaan itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Beliau menjelaskan bahawa pemansuhan ini dibuat dengan mengambil kira kesusahan rakyat ekoran kenaikan harga minyak. Kenaikan harga petrol bukan sahaja menyebabkan pendapatan boleh guna rakyat semakin berkurang malah harga barangan dan inflasi turut meningkat.
         Ibu bapa menganggap bahawa pemansuhan yuran ini adalah suatu langkah yang bijak. Yuran peperiksaan yang dikenakan sebelum ini menjadi beban kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah. Pemansuhan ini menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap tanggungan ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah untuk membiayai kos persekolahan anak-anak mereka.
         Pemansuhan yuran peperiksaan tersebut memberikan faedah kepada rakyat. Harapan kerajaan agar anak-anak yang berada di bangku sekolah mendapat pendidikan yang sempurna. Hal ini demikian kerana golongan ini akan menjadi modal insan yang amat penting kepada negara

1.       Pemansuhan yuran peperiksaan telah dicadangkan oleh....
          A.  ahli parlimen
          B.  guru-guru
          C.  ibu bapa
          D.  Perdana Menteri

2.       Pemansuhan yuran peperiksaan ini dapat...
          A.  merealisasikan impian pihak kerajaan
          B.  memenuhi keinginan Perdana Menteri
          C.  mengurangkan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah
          D.  menurunkan harga minyak petrol

3.       Yang berikut merupakan kesan kenaikan harga minyak petrol, kecuali
          A.  gaji rakyat terpaksa dipotong
          B.  harga barangan meningkat
          C.  inflasi meningkat
          D.  pendapatan boleh guna semakin berkurang

4.       Pilih pernyataan yang tidak benar
          A.  Cadangan untuk memansuhkan yuran peperiksaan dibuat di Dewan Rakyat
          B.  Pemansuhan yuran peperiksaan dapat mengurangkan beban ibu bapa
          C.  Yuran peperiksaan dimansuhkan di semua sekolah di Malaysia
          D.  Yuran peperiksaan dimansuhkan di semua sekolah di semua sekolah
                kerajaan.
5.       Rangkai kata mengambil kira bermaksud...
          A.   mencadangkan
          B.   mendapatkan
          C.   mengetahui
          D.   memikirkan
         
         

No comments:

Post a Comment