Monday 5 November 2012

Pemahaman




TAHUN           :           4 Al Farabi
TARIKH          :           24 September 2012
MASA             :           7.20 - 8.20pagi
TEMA             :           YANG BAIK JADIKAN TELADAN
TAJUK            :           PAK SENIK INSAF
OBJEKTIF      :           Pada akhir pembelajaran,murid dapat
i)    membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan  sebutan, intonasi 
     yang betul dan gaya penyampaian yang menarik.   
                                            ii)  membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan kata
                                                 adjektif    
SISTEM BAHASA :
Tatabahasa       :          Kata adjektif
                                    Kosa kata (bakhil, bermuafakat,gelagat,insaf)
Kemahiran Bernilai Tambah:
-                                         Kecerdasan Pelbagai : Verbal Linguistik
-                                         Kemahiran Berfikir dan  Kemahiran Belajar,
Bahan bantu mengajar :
-                                         Kad perkataan ,petikan cerita
Penekanan Konsep 5P
Penggabungjalinan       : Mendengar dan bertutur, Membaca dan menulis
Penyerapan                  : Ilmu dan tatabahasa
Penilaian                      : Penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya (melalui pemerhatian)
Pengayaan                    : Membina ayat daripada kata adjektif yang telah disenaraikan.
Pemulihan                    : Latih tubi bacaan
Pengisian Kurikulum ;
        i. Ilmu                   : Kesusasteraan
       ii.Nilai murni         : Keinsafan
      iii. Kewarganegaraan :Bertindak dengan wajar
       iv. Peraturan Sosiobudaya: Hidup bermasyarakat
        v. Kemahiran Bernilai Tambah




RANCANGAN HARIAN


ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN

Set induksi
(4 minit)

.Murid memilih kad perkataan yang dsediakan oleh guru.
Contoh : kambing.
.Guru menyuruh murid berkenaan membunyikan bunyi haiwan tersebut.
.Murid membunyikan bunyi kambing dan murid lain meneka haiwan tersebut.
.Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran.

Langkah 1
(5 minit)

. Guru mengedarkan petikan cerita.
.Murid-murid membaca secara senyap.
.Murid bersoaljawab  mengenai  petikan cerita

Rujuk lampiran 1

Langkah 2
(7 minit)

. Guru memilih beberapa orang murid. Murid membaca petikan dengan sebutan dan  intonasi yang sesuai.


Langkah 3
(7 minit)

.Guru menerangkan tentang kata adjektif dan memberikan contoh-contoh kata adjektif.
Beberapa orang murid menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan cerita di papan hitam.
.Murid membina ayat mudah menggunakan kata adjektif
tersebut


Langkah 4
(4 minit)

.Murid membina ayat menggunakan kata adjektif yang terdapat dalam petikan.

Penutup
(3 minit)

.Nyanyian  “Bunyi Binatang”.
 Rumusan dan penerapan nilai.
.Kerja susulan(menjawab soalan pemahaman dalam buku teks)

Rujuk lampiran 2


LAMPIRAN 1
PAK SENIK INSAF
        Pada zaman dahulu, ada seorang kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya luas. Haiwan ternakan juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun kaya namun dia sangat kedekut. Dia  sanggup makan nasi berlaukkan  ikan kering sahaja. Dia juga tidak pernah  bersedekah kepada orang-orang miskin.
        Pak Senik mempunyai seorang anak  perempuan bernama Gayah. Suami  Gayah  Dolah, Tidak suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil itu. Dolah dan Gayah  telah menjemput Pak Senik Ke rumah mereka.
        Pada hari  tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.
        “ Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan menyelerakan,” kata Pak Senik sambil makan.Dia makan dengan berselera sekali kerana dia tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik.
        “ Dari mana kamu dapat daging kambing ni?” Tanya Pak senik.
        “ Saya sembelih seekor kambing ayah,”jawab Dolah ,selamba. Pak Senik sangat marah.
        “Kamu mesti bayar ganti ruginya,” jerit Pak Senik  dengan kuat.
        “ Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti  membayarnya ?” balas Dolah.Pak Senik terdiam.
        “ Ayah sudah tua. Harta ayah banyak.Kalau ayah murah hati dan suka bersedekah tentu  orang kampung menghormati ayah.Tuhan juga menggandakan rezeki ayah,” jelas Dolah dengan lembut.
        Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa bersedekah lagi. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.



LAMPIRAN 2
                                                           BUNYI BINATANG

Saya ayam kok,kok,kok,kok
Saya itik pak,pak,pak,pak,pak,
Saya burung tweet,tweet,tweet,tweet,tweet,
Kami bunyi
Kok,kok,kok,kok,kok
Pak,pak,pak,pak,pak,
Tweet,tweet,tweet,tweet,tweet.

No comments:

Post a Comment