Friday 30 November 2012

Latihan Penulisan

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


        Badrul anak tunggal. Dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapanya. Dia hidup dalam kemewahan kerana ibu bapanya orang kaya-raya.
        Namun, Badrul tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana dia suka menganggu orang lain. Badrul banyak menghabiskan masa di pusat permainan video dan di pusat membeli-belah. Ibu bapanya tidak mengetahui perangai buruk Badrul kerana mereka amat mempercayai Badrul.
        Pada suatu hari, Badrul ditangkap oleh guru disiplin kerana dia didapati merokok di dalam tandas. Kemudiannya, ibu bapa Badrul dipanggil oleh Guru Besar. Beliau membongkar segala perilaku buruk Badrul di sekolah. Ibu bapa Badrul berasa menyesal kerana terlalu memanjakan dan mempercayai kata-kata anak tunggal mereka itu. Badrul pula berjanji kepada ibu bapanya bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan buruknya lagi.

No comments:

Post a Comment