Wednesday 14 November 2012

Lembaran Petikan.



Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


         Sudah dua minggu ibu berada di kampung nenek dan datuk.Ibu baharu sahaja melahirkan adik bongsuku.Selama itu juga,aku tinggal di rumah bersama ayah dan adik lelakiku,Angah.Kami terpaksa tinggal di rumah kerana perlu ke sekolah.

         Sepanjang ketiadaan ibu,akulah yang mengurus segala-galanya.Selaku anak sulung,sudah menjadi tanggungjawabku untuk mengambil alih tempat ibu.

         Pagi-pagi lagi,aku akan menyediakan sarapan untuk kami bertiga.Selalunya aku membuat roti sardin dan jemput-jemput bawang.Sekembali dari sekolah,aku akan menanak nasi untuk makan tengahari.Aku memanaskan lauk yang disediakan oleh ayah sebelum beliau ke tempat kerja.Sekali-sekala aku menggoreng telur dadar.Pada sebelah petang,aku akan menyapu sampah di halaman rumah.

         Pada sebelah malamnya pula,aku menolong ayah mengemas meja makan.Angah pula mencuci pinggan mangkuk.Selepas itu,baharulah aku menyiapkan kerja-kerja sekolah.Aku akan mengulangkaji pelajaran sehingga pukul 10.00 malam.Sebelum masuk tidur,aku akan menggosok uniform kerja ayah.Aku berbuat begitu kerana kasihan melihat ayah kepenatan setiap kali pulang dari kerja.

         Begitulah rutin harianku.Aku bersyukur kerana ibu melatih aku melakukan kerja rumah sebelum ibu bersalin.Kini,aku mampu berdikari malah aku sudah biasa melakukan kerja-kerja ibu.Bak kata pepatah,alah bisa tegal biasa.



1.  Siapakah 'aku' dalam petikan ?

2.  Di manakah ibu 'aku' berada ?

3.  Mengapakah ibu 'aku' tiada di rumah ?

4.  Apakah tugasan rutin 'aku' semasa ibunya tiada ?

5. Bilakah 'aku' masuk tidur ?


Berikan maksud peribahasa berikut.

1. Adik bongsu - .................................................................................

2. Anak sulung - .................................................................................

3. Alah bisa tegal biasa - ................................................................................................................


Binakan ayat daripada perkataan berikut :

1. Sarapan - ....................................................................................................................................

2. Menanak - ..................................................................................................................................

3. Halaman - ...................................................................................................................................

4. Mengemas - ................................................................................................................................

5. Mengulangkaji - .........................................................................................................................

6. Uniform - ...................................................................................................................................

7. Rutin - ........................................................................................................................................





No comments:

Post a Comment